Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Westlife Kembali Gegarkan Malaysia! Harga Tiket Bermula RM294

Kumpulan Pop terkenal, Westlife akan kembali mengadakan konsert di Malaysia bertempat di Kuala Lumpur pada Februari tahun depan dalam siri konsert jelajah ‘The Wild Dreams Tour’.

Difahamkan, konsert itu bakal berlangsung selama dua hari iaitu 23 hingga 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, Westlife turut memaklumkan mereka tidak sabar untuk bertemu peminat mereka untuk jelajah konsert buat kali ini termasuklah peminat dari negara Singapura, Taiwan dan Bangkok.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa tiket konsert di Singapura kini sudah mula dijual dan telah menambah tarikh baru di Kuala Lumpur, Kaohsiung dan Bangkok!”
“Kami tidak sabar untuk berjumpa anda tidak lama lagi,” tulis mereka di laman Twitter.

Dalam perkembangan lain, para peminat boleh mendapatkan tiket pra jualan yang akan dibuka pada 10 Oktober 2022 pada pukul 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini Westlife pernah melakukan konsert di Malaysia pada tiga tahun yang lalu menerusi ‘The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur’ bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sekadar info, antara anggota kumpulan Westlife adalah Nicky Byrne, Kian Egan, Shane Filan dan Mark Feehily.

Sumber: mStar (Ain Norman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd