Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Wayne Rooney Dipecat, Tak Sampai 3 Bulan Jadi Pengurus Birmingham City

pengurus Birmingham City yang juga merupakan lagend Manchester United, Wayne Rooney dipecat sebagai pengurus kelab tersebut kurang dari tiga bulan selepas memegang jawatan tersebut.

Memetik laporan dari Rueters, kedudukan kelab yang berada di zon penyingkiran itu sangat membimbangkan apabila terlempar ke tangga 20 berbanding sewaktu Rooney dilantik sebagai pengurus pada Oktober tahun lalu iaitu di tangga keenam.

Kelab umum pemecatan Wayne Rooney

Difahamkan, sejak bekas pemain bola sepak terkenal itu mengambil alih, kelab berkenaan telah kalah sebanyak sembilan kali daripada 15 perlawanan dan hanya menang dua kali sahaja. Mereka juga gagal menang dalam lima perlawanan terakhir.

“Birmingham City hari ini berpisah dengan pengurus, Wayne Rooney dan jurulatih pasukan utama Carl Robinson,”
“Walaupun sudah berusaha sebaik mungkin, keputusan perlawanan tidak memenuhi jangkaan kami. Oleh itu, kelab merasakan bahawa perubahan dalam pengurusan adalah demi kepentingan terbaik kelab ini,” kata kelab.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Birmingham City Football Club (@bcfc)

Wayne Rooney dipecat, ucap terima kasih diberi peluang

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan England ini telah memuat naik penghargaan kepada beberapa individu dengan mengucapkan terima kasih kerana memberinya peluang menguruskan kelab berkenaan walaupun dalam tempoh yang cukup singkat.

“Tom Wagner, Tom Brady dan Garry Cook atas peluang untuk menguruskan Birmingham City FC dan sokongan yang mereka semua berikan kepada saya sepanjang tempoh singkat saya bersama kelab,” kata Rooney dalam satu kenyataan.
“Bola sepak adalah perniagaan dan saya sedar mereka belum berada pada tahap yang saya mahukan. Saya percaya tempoh 13 minggu belum cukup untuk melihat perubahan yang dimahukan,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Wayne Rooney (@waynerooney)

Artikel lain: Enam Jersi Messi Dilelong, Hasil Jualan Dijangka Cecah RM46.61 Juta

Untuk rekod, Rooney telah mengambil alih tugas daripada John Eustace selepas dia meletak jawatan sebagai jurulatih kelab Major League Soccer (MLS), DC United, menerusi kontrak selama tiga tahun setengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters, Instagram bcfc, waynerooney

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Lokal

Jabatan Mufti Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal mengenai penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah. Ia susulan kekeliruan berhubung kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd