Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama: Waris Minta Saksi Beri Keterangan, Bukan Mahu Cari Kesalahan

Waris Minta Saksi Beri Keterangan

Bapa saudara kepada Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah di Sabak Bernam semalam, merayu saksi kejadian tampil memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

“Kalau sesiapa yang nampak kejadian itu, tolong cakap benar dan tampil beri keterangan kepada pihak berkuasa untuk memudahkan urusan.
“Kami bukan nak cari salah tetapi nak cari penyelesaian supaya lebih telus,” kata Muhammad Aidil Mansor, 34.

Waris Minta Saksi Beri Keterangan

Ahmad Irfan, 15, dilaporkan selamat menjalani pembedahan pada hari sama dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan lanjut.

Artikel lain: Polis Siasat Kes Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Dari Tingkat Tiga

Semalam, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan 3 terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelajar berusia 15 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai menjadi mangsa buli di asrama.

Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

Sumber: BH Online (Amirul Aiman Hamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd