Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Waris Korban Insiden Pokok Tumbang Layak Terima Faedah PERKESO -Steven Sim

Waris kepada mangsa korban insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perkara tersebut dinyatakan sendiri Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keon apabila semakan yang dibuat Skuad PERKESO Prihatin mendapati allahyarham Md Rizal bin Atan, 47 tahun yang meninggal dunia dalam insiden tersebut merupakan pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Januari 1995.

“Sebagai pencarum PERKESO, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang dianggarkan berjumlah RM3,400 oleh PERKESO selepas mangsa layak menerima faedah menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4.
“Norpahidah binti Mat Zaman, balu kepada Allahyarham Md Rizal bakal menerima FOT untuk sepanjang hayat, manakala empat anaknya yang masing-masing berumur antara 3 hingga 18 tahun diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama,” jelasnya.

Kredit foto: FB Perkeso 

Tambahnya, kesedaran dari pihak kerajaan dalam melunaskan tanggungjawab mencarum para pekerjanya dapat membantu meringankan beban keluarga pekerja terutama sewaktu melalui episod hitam seperti ini menerusi perlindungan jaringan keselamatan sosial pemberian PERKESO menerusi sokongan kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Steven yang  berkesempatan menziarahi keluarga allahyarham turut memberi sumbangan wakallah dan kotak prihatin PERKESO kepada waris keluarga dalam program Ziarah Prihatin ke kediaman waris di Shah Alam.

Turut hadir pada ziarah prihatin ini ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh; Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang, serta Pengarah PERKESO Negeri Selangor, Ismail Abi Hashim.

Kredit foto: FB Perkeso 

Terdahulu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu di Tele Dynamics Global Com Sdn. Bhd sejak 2018 disahkan meninggal dunia susulan ditimpa pokok tumbang sewaktu dalam perjalanan menjemput tetamu majikannya di sebuah hotel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden tersebut turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit di dalam kenderaan akibat dihempap pokok bersaiz besar itu.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) bersedia tawar  biasiswa penuh kepada Edward Wong, pelajar cemerlang...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd