Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Warga Asing Perlu Terus Diizinkan Beli Beras Tempatan” – Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta kepada rakyat supaya tidak membuat keputusan melulu dengan memberi cadangan supaya melarang penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berpendapat isu tersebut tidak patut dibangkitkan memandangkan ia telah menyentuh hak kemanusiaan.

“Bagi saya, ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau pekerja kita berada di luar negara dan mereka tidak dibenarkan membeli beras yang murah, kita juga akan terasa.
“Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa, mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia, termasuk beras tempatan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya BPT ini tidak dijualkan kepada warga asing malah memberi keutamaan kepada warga tempatan.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut bukan berunsurkan diskriminasi tetapi demi menjaga kebajikan rakyat tempatan bagi memastikan bekalan makanan tersebut sentiasa mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd