Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Banjir: Warden Penjara Maut Selepas Pulang Dari PPS Untuk Periksa Rumah

Seorang warden penjara, Muhammad Hariri Kamarudin, 26, ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Inderapura, Kuantan, hari ini, selepas keluar dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada awal pagi tadi. Kejadian ini mengejutkan keluarga dan penduduk setempat.

Warden Ditemui Tertiarap Dalam Rumah

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata warden itu dipercayai meninggalkan PPS Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa sekitar pukul 1 pagi seorang diri untuk memeriksa keadaan rumahnya yang dinaiki air banjir setinggi kira-kira 30 sentimeter.

warden

Foto: FB Kesultanan Pahang

“Pada kira-kira pukul 10 pagi, bapa mangsa menyedari anaknya masih belum kembali ke PPS dan cuba menghubunginya, tetapi gagal. Apabila pulang ke rumah, beliau menemui Muhammad Hariri dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang masih dipenuhi air,” katanya.

Artikel lain: Banjir Kilat Di Shah Alam: Lelaki Meninggal Dunia Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Bapa mangsa, dengan bantuan penduduk sekitar, telah mengangkat mayat anaknya ke dalam sebuah kenderaan sebelum membawanya kembali ke PPS.

Polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa berada di tempat duduk belakang kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ashari menambah, kes ini kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat Muhammad Hariri telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

warden

Foto: Sinar Harian

Kejadian ini turut mengingatkan masyarakat tentang bahaya banjit dan risiko yang boleh berlaku walaupun hanya berada dalam kawasan rumah sendiri.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa menghadapi situasi banjir.

Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd