Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Wardah Meriahkan Bulan Ramadan Dengan Kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’

Jenama kecantikan halal terkemuka, Wardah yang menyediakan produk berkualiti tinggi serta disesuaikan dengan keperluan wanita Islam moden kini memperkenalkan kempen Ramadan ‘Teruskan Langkah Baikmu’ bagi menghayati semangat di bulan yang mulia.

Kempen ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada individu bagi membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka, bermula 19 hingga 24 Mac 2024 di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Pengunjung boleh mencuba sendiri aktiviti menarik dan interaktif yang bertujuan untuk mempromosikan penjagaan kulit yang disokong oleh sains dalam usaha meningkatkan keyakinan diri, mendedahkan kecantikan dalaman serta pertumbuhan peribadi.

Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon, Karina Anindita berkata mereka teruja untuk meraikan pelancaran kempen inspirasi ini, yang merangkumi semangat Ramadan dan nilai yang dipegang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ramadan ialah masa untuk kita bersama-sama menyokong antara satu sama lain dan berusaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik.
“Dengan itu, kami melancarkan kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’,” ujarnya.

Selain sesi interaktif, para pengunjung yang hadir berpeluang menikmati promosi dan diskaun istimewa bagi produk Wardah serta menerima pemberian percuma dan hadiah eksklusif.

Kerjasama istimewa dengan HariRose, jenama fesyen tempatan yang khusus dalam cetakan tudung yang bergaya, terkini dan moden turut disediakan di Minggu Sains Kecantikan Wardah.

Terdapat koleksi perayaan Harirose x Wardah khas dilancarkan untuk para pengunjung dan mereka boleh menjadi orang terawal untuk mendapatkan koleksi ini bersama-sama dengan kotak istimewa dan aksesori hijab yang disediakan.

Wardah menyediakan pelbagai aktiviti dan program istimewa pada Ramadan kali ini selaras dengan semangat ‘Teruskan Langkah Baikmu’ termasuklah Ekspedisi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke Baling, Minggu Sains Kecantikkan Wardah di Sunway Pyramid, Majlis Iftar Ala Madinah di Karangkraf, Tayangan Perdana ‘Heart to Heart’ dan ‘Surat untuk Seri’ juga akan ditayangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Lokal

Sebuah insiden berlaku semasa operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand di kawasan hutan Royal Belum, Banding, Perak,...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Nasional

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 dibuat oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, iaitu Datuk Radzi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd