Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita, Rakan Mengaku Tak Bersalah Rompak Ibu Mentua

Seorang suri rumah bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap ibu mentua wanita tersebut di Felda Chini Timur 01, Pekan.

Menurut laporan FMT, tertuduh, Sri Farhana Nabila Mohd Kamal, 27, dan Mohd Fazlin Rahmat, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak secara berkumpulan sambil bersenjatakan sebilah pisau terhadap mangsa, Norizan Abdullah, 56.

Foto: FMT

Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 11.30 malam pada 20 Mac lalu, melibatkan kehilangan seutas rantai leher dan seutas gelang tangan milik mangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Foto: Carian Google

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Hakim Azman Mustapha memutuskan agar tiada jaminan dibenarkan dan menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd