Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita ‘Pergi’ Selepas 11 Jam Bersalin, Bayi Dilahirkan Juga Meninggal Dunia

Kebahagiaan menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti bertukar duka apabila seorang wanita, Nuraderrah Hasnul Hafidzan, 31, meninggal dunia tidak lama selepas bayinya pergi terlebih dahulu.

Menurut laporan Kosmo!, bayi perempuan pramatan itu dilahirkan pada usia tujuh bulan kandungan di sebuah hospital di Selangor, Selasa lalu, namun tidak dapat diselamatkan. Hanya 11 jam selelpas pemergian si kecil, ibunya pula menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi.

bayi

Foto: Jabatan Pendaftar UKM

Suami arwah, Akmal Mohtar, 31, berkata, kehilangan berganda itu adalah ujian paling berat dalam hidupnya.

“Ketika diberitahu anak tidak dapat diselamatkan, hati saya hancur. Tetapi saya cuba kuat untuk memberi semangat kepada isteri. Tidak sangka, tidak lama kemudian saya kehilangan dia juga,” katanya.

Artikel lain: Sarat Hamil, Wanita Turun Motosikal Bersalin Tepi Jalan.. Ramai Bantu Tak Kira Bangsa!

Akma yang kini tinggal bersama anak sulung mereka, Noah,4, di Semenyih, masih mengingati detik terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika melihat keadaan isterinya semakin merosot.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila dimaklumkan dia sudah tiada, saya tidak mampu menahan air mata. Rasa kosong, seolah sebahagian daripada diri saya turut pergi bersamanya,” ujarnya.

Mengimbau kenangan, Akmal berkata arwah isterinya begitu teruja membuat persiapan menyambut bayi perempuan pertama mereka.

“Dia sangat teliti menyiapkan kelengkapan untuk Nyra. Wajahnya penuh keterujaan setiap kali bercerita tentang bayi itu,” jelasnya.

Walaupun arwah tidak meninggalkan pesanan terkahir, Akmal berkata kelembutan dan kasih sayang isterinya akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

bayi

Foto: Kosmo!

“Setiap kali Noah mencari ibunya, hati saya benar-benar luluh. Namun saya percaya janji Allah mengenai kedudukan mulia seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak,” tambahnya.

Menurutnya, doa dan sokongan daripada keluarga serta sahabat banyak membantu menenangkan hatinya.

“Fokus saya kini hanya membesarkan Noah. Dengan doa dan sokongan semua, saya akan cuba menjadi ayah dan ibu buatnya,” katanya.

Sumber: Kosmo! (Nur Alwani Zafirah Khairul)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd