Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita OKU Maut, Dipercayai Diseterika & Dipukul Berkali-kali

Tujuh ahli keluarga ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes wanita OKU maut dipercayai diseterika dan dipukul berkali-kali menggunakan kayu panjang.

Memetik laporan dari Bernama, kejadian difahamkan berlaku di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, Kuala Lumpur membabitkan mangsa, wanita kelainan upaya (OKU) intelektual.

Mangsa meninggal di rumah kediaman

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan memaklumkan yang pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada  12.12 tengah hari daripada seorang  wanita yang memberitahu bahawa adik perempuannya telah meninggal dunia di rumah berkenaan.

wanita OKU maut dipercayai diseterika

Wanita OKU maut dipercayai diseterika kerana cubit & marah budak

Beliau menyatakan yang mangsa sebelumnya telah memarahi serta mencubit dua ahli keluarga itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang kali sehingga mengalami kecederaan.

wanita OKU maut dipercayai diseterika

Kredit foto: Sinar Harian

Tujuh ditahan bantu siasatan

Anbalagan berkata, mangsa telah dijaga oleh keluarga berkenaan dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi mengetahui punca kematian.

Setakat ini, empat  suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala tiga lagi yang berusia 25 hingga 79 tahun diberi jaminan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis menyarankan kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini agar tampil atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Rosnani di talian 018-277 1866,” menurutnya.

Sumber: Bernama 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd