Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Maut Dipukul Suami, Tiga Anak Kecil Setia Disisi Peluk Mayat Ibu 

Seorang ibu muda dari Jawa Tengah, Indonesia ditemui meninggal dunia selama dua hari di sebuah rumah sewa di Desa Kutoharjo di daerah Pati.

Menurut laporan Detik.com, tangisan tanpa henti bayi berusia sebulan telah membongkar kematian ibu terbabit di dalam kediaman tersebut.

Difahamkan, semasa menemui jasad ibu berkenaan, bayi tersebut dalam dakapan ibunya, manakala dua lagi anak yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh ibu mereka yang tidak bernyawa dalam keadaan lesu serta tidak bermaya akibat kelaparan.

Apa yang lebih menyayat hati, ibu yang dikenali sebagai Budiati yang berusia 31 tahun ditemui dalam keadaan badan penuh kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita percaya mangsa yang masih berpantang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
“Anak-anaknya hanya makan seadanya, bayi pula dalam keadaan dehidrasi yang kronik,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Pati, Onkoseno G Sukahar.

Jelasnya lagi, pihaknya telah berjaya menahan suami mangsa yang mengaku bersalah menzalimi isterinya sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan mendapat mangsa enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek menyebabkan lelaki itu naik berang dan mengesyaki isterinya curang.
“Berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek bertindak luar batasan dengan membelasah mangsa,” ujar Onkoseno.

Suspek ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan Jenayah Indonesia dan bakal berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Sumber: Detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd