Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Dipenjara, Didenda Sebar Ajaran Sesat Boleh Berpelukan Lain Jantina

Hukuman penjara sebulan dan denda RM2,500 dijatuhkan terhadap seorang suri rumah di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada Selasa atas pertuduhan mengajar serta bersubahat menyampaikan ajaran sesat dikenali sebagai Ajaran Cahaya, tahun lalu.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh Noridayu Hashim dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa sejurus pertuduhan dibaca.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati menyampaikan ajaran sesat kepada seorang wanita berusia 59 tahun dan seorang lelaki berumur 65 tahun yang bertentangan dengan hukum syarak iaitu dengan menganjurkan dan menyatakan bahawa berpelukan berlainan jantina dan bukan mahram adalah dibolehkan kerana Kumpulan Ajaran Cahaya dianggap sebagai malaikat dan tidak mempunyai nafsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 35 yang dibaca bersama Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 atas kesalahan tersebut.

Pada masa sama, dia menghadapi pertuduhan kedua apabila didapati telah bersubahat dengan Idris Ami kerana menyampaikan ajaran sesat kepada sekumpulan orang yang dikenali sebagai Kumpulan Cahaya.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Kedua-dua kesalahan dilakukan sejak September 2023 hingga Disember 2023 bertempat di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh akan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 ata penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Noridayu yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon mahkamah untuk meringankan hukuman kerana dia dan suami tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjana pendapatan hanya dengan berniaga makanan.

Tertuduh juga memohon maaf atas kesalahannya dan mengakui sudah insaf atas perbuatan tersebut.

Foto: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu mengaku wujudnya roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat di dalam dirinya.

Ajaran Cahaya didalangi seorang lelaki ini banyak disebar melalui media sosial di mana jumlah pengikutnya mencecah 5,000 orang di Telegram.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd