Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Bersekedudukan Dua Tahun Dengan Lelaki Hingga Lahirkan Anak

Seorang wanita tempatan ditahan bersama pasangannya, seorang lelaki warga asing, selepas disyaki tinggal serumah tanpa ikatan sah perkahwinan hingga melahirkan anak hasil hubungan mereka.

Menurut laporan Harian Metro, serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 10 pagi semalam di sebuah rumah di Johor.

wanita

Foto: Harian Metro

Menurut kenyataan JAINJ, ketika serbuan dijalankan, lelaki berusia 40-an itu ditemui hanya berkain pelikat tanpa baju, manakala wanita berusia lingkungan 30-an pula didapati berkemban dengan kain batik.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya ditahan oleh anggota penguat kuasa.
“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu telah tinggal bersama di rumah berkenaan sejak dua tahun lalu,” katanya.

Artikel lain: Rahsia 2 Tahun Terbongkar! Wanita Berstatus Isteri Orang Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih

Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan pernah melahirkan seorang anak di sebuah hospital tempatan tiga bulan lalu, dan bayi itu memiliki sijil kelahiran yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan berkenaan mendakwa mereka telah bernikah di negara jiran, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat nikah sebagai bukti.

“Gambar yang ditunjukkan mereka kononnya sebagai bukti pernikahan hanya menunjukkan mereka memakai pakaian raya, dan ia jelas bukan gambar akad nikah.
“Malah, pasangan itu juga tidak dapat mengingati tarikh sebenar pernikahan mereka,” ujarnya.

Wanita

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengaku memasuki negara jiran secara tidak sah bagi tujuan perkahwinan tersebut.

Kedua-duanya kini ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa di bawah Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau sebatan, atau ketiga-tiganya sekali jika disabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd