Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wan Ahmad Farid Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara baharu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara.

Wan Ahmad Farid

“Dimaklumkan bahawa berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,” katanya awal pagi Jumaat.

Artikel lain: Isu Lantikan Ketua Hakim Negara: 9 Ahli Parlimen PKR Desak Tubuh RCI

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Tengku Maimun

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd