Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wakil DAP Diselar Netizen, Dakwa Jika PN Menang Negara Akan Seperti ‘Taliban’

Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan dengan ‘menghidupkan’ semula amaran tentang fahaman Taliban yang akan menular jika Perikatan Nasional (PN) memegang pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU15) sebagai satu cara untuk memastikan pengundi bukan Islam tidak membuang undi mereka kepada PN,  termasuk Gerakan yang majoritinya kaum Cina.

Mengancam nilai sekular & kebudayaan negara

Memetik laporan dari Malaysiakini, Nga dipercayai telah memberi amaran dalam bahasa Mandarin bahawa jika PN yang terdiri daripada Bersatu berasaskan Melayu dan PAS (Islamik)berkuasa, Malaysia akan menjadi seperti ‘Afghanistan’.

Ketua DAP Perak itu juga mendakwa dasar yang diketengahkan PAS mengenai perjudian, arak, konsert dan pengasingan lelaki dan wanita sedikit sebanyak mengancam nilai sekular dan kepelbagaian budaya negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akan ganggu kebebasan orang bukan Islam

Tambahnya, dasar-dasar ini akan menggangu kebebasan orang bukan Islam serta membawa kepada penghijrahan keluar pelabur asing sehingga boleh mengakibatkan ekonomi negara terancam.

Sebelum ini, PN telah mengumumkan sekiranya gabungan itu menang, calon PAS akan menjadi menteri besar bagi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Apa yang lebih teruk ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menggantikan Pengerusi (PN) Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
“Untuk mengelakkan perkara yang tidak dapat dibayangkan ini, kita tidak boleh memberikan satu undi kepada PN demi mempertahankan kepelbagaian budaya, hak asasi manusia dan kebebasan,” ujarnya.

Masa PH memerintah dulu bukan ada perjumpaan waris Komunis ke?

Disebabkan kenyataan beraninya itu, ruangan komen di posting yang dibuat sumber telah dihujani dengan perlian dari netizen.

Mana tidaknya, isu yang ‘disembangkan’ Nga seakan ‘tepuk air di dulang terpercik air ke muka sendiri’ apabila wakil dari parti itu dipercayai pernah membuat perjumpaan bersama 300 waris komunis di Kajang sekitar tahun 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pilih PH merempat dekat bumi sendiri pulak

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen mengatakan jika mereka mengundi PH pun ia tetap sama dan mungkin akan mendapat ideologi luar  seperti komunis. Jadi, tiada beza pun seperti Nga katakan berkenaan PN yang membawa fahaman Taliban.

Modal dia kalau tak fitnah, maki hamun

Takdela sampai Taliban, paling tak pun tiba2 rajin nak depat PRU

Kelantan selama ni macam Afghanistan ke?

Kalau PAS kata dia Komunis melenting pulak

DAP menang jadi Komunis, lagi seram

Elokla tu Taliban vs Komunis

Kau ni jangan la jadi sebab orang Melayu ragu2

 

Sumber: YouTube FMT, Twitter Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd