Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Akui Ramai Kata Wajah Anaknya Mirip Arwah Zara Qairina

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp.

Wajah anak mirip arwah Zara Qairina

Menerusi satu hantaran oleh Maria Liza, tangkap layar tersebut memaparkan gambar anak gadisnya Marsya Ilmi Zairul yang dikatakan mempunyai wajah mirip seperti pelajar Tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

mirip arwah Zara Qairina

Wanita itu menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada ibu Zara kerana meskipun anak mereka tidak sebaya dan tidak pernah bertemu, dia mengakui ramai yang mengatakan wajah anaknya mirip arwah sehingga ada yang membuat perbandingan.

“Kepada ibu Zara Qairina, anak kita tidak sebaya. Anak kita juga tidak pernah bersua. Kebetulan pula ramai yang kata sama hinggakan buat perbandingan begini. Syurga buat anakanda Zara Qairina… #justiceforzaraQairina” tulisnya pada Selasa.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai pengguna Threads meluahkan rasa sebak dan mengakui terkejut apabila melihat wajah kedua-dua remaja itu mempunyai persamaan.

Artikel lain: AGC Arah Inkues Kematian Zara Qairina, Empat Tuntutan Keluarga Kini Dipenuhi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, terdapat segelintir individu menyifatkan kehadiran Marsya yang berusia 19 tahun pasti menjadi pengubat rindu buat ibu Zara.

Ya Allah, mirip sangat

mirip arwah Zara Qairina

Kalau ibu arwah tengok…

mirip arwah Zara Qairina

Terdahulu, Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datu Mustapha, Papar jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Sumber: Threads @iam.mar14

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd