Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Vokalis Diserang Ketika Persembahan, Enam Pengikut Skinhead Ditahan Polis

Polis telah menahan enam lelaki tempatan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah gimnasium dalam pusat beli-belah City Plaza, Johor Bahru, melibatkan pengikut muzik skinhead serta seorang vokalis kumpulan muzik dari Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kes itu berjaya diselesaikan selepas satu video kejadian tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis.

Foto: Malaysia Gazette

“Kita berjaya menyelesaikan kes berkenaan selepas pendedahan kejadian itu menerusi video yang tular di media sosial.
“Susulan video berkenaan, polis membuat laporan pada pukul 1.14 pagi kelmarin sebelum mangsa pula membuat laporan polis pada pukul 3 petang semalam di Balai Polis Ampang, Selangor.
“Pada 11.30 malam kelmarin, tiga lelaki tempatan berusia 34 hingga 36 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru dan Segamat, manakala semalam, tiga lagi lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 40 tahun ditahan di sekitar dua daerah berkenaan,” katanya

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah enam telefon bimbit milik kesemua suspek.

“Kejadian berlaku ketika berlangsungnya satu program persembahan ‘live band’ Remember 69 Rundown.
“Mangsa adalah vokalis kumpulan muzik dari Ampang, Selangor yang diserang beberapa orang lelaki menggunakan tong sampah besi.
“Punca kejadian dipercayai akibat salah faham lama yang berlaku antara suspek utama dengan mangsa ketika program muzik di Ampang pada tahun lalu,” ujarnya.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka dan turut mengadu sakit seluruh badan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ampang.

Foto: Utusan Malaysia

Hasil saringan awal mendapati salah seorang daripada tiga suspek pertama positif dadah, manakala ketiga-tiganya mempunyai satu hingga tiga rekod jenayah lampau.

Mereka kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga suspek berikutnya pula, termasuk seorang yang mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif ganja, direman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan rangkaian media sosial serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan bagi tujuan pendakwaan terhadap semua suspek. Siasatan turut diteruskan bagi mengesan individu lain yang mungkin terlibat dalam kejadian ini,” tambah beliau.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd