Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Veteran ATM Sarawak Terima Ganjaran Hilang Upaya (GHU) – JHEV ATM Terus Bela Kebajikan

KUCHING, 6 MAC 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki hadir bagi menyempurnakan Majlis Sumbangan Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Veteran ATM Negeri Sarawak dekat sini pada Khamis.

Majlis ini sinonim bagi menghargai jasa veteran ATM yang mengalami kecederaan semasa bertugas dalam operasi dan latihan berisiko tinggi. Majlis ini turut dihadiri Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak, Mejar Steven ak Kadir serta pegawai-pegawai kanan JHEV ATM dan wakil-wakil Persatuan Veteran ATM.

Seramai 12 daripada 19 veteran ATM di Sarawak menerima sumbangan dalam majlis ini. Sejak Januari 2025, 252 daripada 292 veteran ATM di seluruh negara yang cedera semasa bertugas telah menerima GHU.

Terdapat seramai 1,825 veteran ATM hilang upaya seluruh Malaysia termasuk yang cedera semasa melaksanakan tugas aktif. Daripada jumlah tersebut seramai 292 veteran ATM mengalami kecederaan semasa operasi dan latihan berisiko tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mejar Jeneral Dato’ Semaon Marjuki berkata KEMENTAH melalui JHEV ATM sentiasa menekankan kepentingan kebajikan Veteran ATM terus terbela melalui pelbagai inisiatif yang telah dirancang oleh kerajaan yang akan memberikan manfaat lebih luas dan kadar bayaran yang lebih tinggi kepada veteran yang mengalami kecederaan semasa bertugas aktif dalam perkhidmatan.

Fokus utama KEMENTAH dan JHEV ATM pada tahun 2025 adalah untuk mengukuhkan ekosistem persaraan veteran, memastikan  kebajikan veteran yang rentan terus diperkasa serta memperluaskan jaringan kerjasama dengan sektor korporat, NGO, dan masyarakat awam, ujarnya lagi.

Kerajaan amat menghargai dan memandang serius aspek kebajikan semua veteran ATM khususnya yang tercedera.

Dalam usaha menjamin kebajikan mereka, Kerajaan melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 612 bertarikh 24 Okt 2023 dan Majlis Jemaah Menteri (MJM) bertarikh 19 September 2024 telah meluluskan penambahbaikan Faedah Hilang Upaya ATM dalam Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 dengan menguatkuasakan kadar dan cakupan baharu bagi Kadar Faedah Hilang Upaya (FHU) Veteran ATM berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 seperti berikut;

Advertisement. Scroll to continue reading.

i. Peningkatan Pencen Hilang Upaya (PHU)

Pencen Hilang Upaya (PHU) secara bulanan kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan bagi semua peratus darjah hilang upaya (1% hingga 100%) sebelumnya hanya kecederaan 20% keatas sahaja yang menikmati pencen bulanan.

ii. Ganjaran Hilang Upaya (GHU)

Semua peratus darjah kecederaan (1% – 100%) hilang upaya (Wounded in Action) dalam tugas aktif dibayar secara one off dengan julat minimum RM6,000 dan maksimum RM72,000.

Sebelum ini hanya 19% dan ke bawah darjah kecederaan hilang upaya (Wounded in Action) dalam tugas aktif sahaja dibayar secara one off.

Tugas aktif: Operasi dan latihan berisiko tinggi. Disahkan oleh Lembaga Penentu Sebab (LPS) – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

iii. Elaun Pelajaran

Peningkatan Julat Elaun Pelajaran (EP) Anak-Anak Penerima Pencen Hilang Upaya yang diberikan secara sekali gus (One-Off) setahun kepada anak penerima PHU susunan 2 dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM 1,600 hingga RM 5,400 setahun mengikut tahap pendidikan.

iv. Elaun Layanan Sentiasa (ELS)

Elaun Layanan Sentiasa (ELS) Dinaikkan daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022.

Veteran yang berdarjah hilang  upaya 100% atau yang terlantar.

Negeri Sarawak mempunyai 17,103 veteran ATM dimana 10,604 adalah veteran ATM berpencen, 4,836 adalah veteran ATM yang tidak berpencen dan 1,663 penerima pencen terbitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KEMENTAH melalui JHEV ATM akan terus komited memelihara kebajikan veteran ATM. Tekad ini adalah selari dengan komitmen yang telah digariskan dalam Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM.

Iltizam ini juga disokong dengan peningkatan peruntukan JHEV ATM dari RM226 juta tahun 2024 kepada RM239 juta bagi tahun 2025.

“Peruntukan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan kebajikan dan kemudahan veteran ATM khususnya Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Perubatan, Bantuan Institut Pengajian Tinggi dan Persekolahan, Inisiatif Perumahan dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Pengukuhan dan pemerkasaan aspek kesejahteraan veteren sentiasa diperluas dan diperkemas agar kebajikan veteran ATM sentiasa terpelihara sebagaimana yang telah digariskan di dalam Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan dalam Fokus Keempat: Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh admin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dianggap suspek, bukan lagi saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram disiasat Suruhanjaya Pencegahan...

Lokal

Sepasang suami isteri ditahan pada Ahad berhubung kes langgar dan cubaan bunuh seorang pemandu trak tunda atau ‘towing’ di Bandar Teknologi Kajang, dalam kejadian...

Nasional

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa tindakan menghina mana-mana agama, termasuk agama Hindu adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat...

Nasional

Tiga penyampai radio kini disiasat polis susulan dakwaan mempersenda agama Hindu dalam satu video yang tular hari ini. Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd