Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Vaksin Kanak-Kanak Sampai Di Gaza Buat Kali Pertama, Bendung Penularan Penyakit

Vaksin untuk kanak-kanak mula memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah buat kali pertama sejak tercetusnya konflik di wilayah itu pada 7 Oktober lalu, umum Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, vaksin yang dibeli oleh kerajaan Palestin, selain sumbangan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) adalah bagi membantu menangani kecemasan kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak Gaza.

Serangan darat dan udara yang dilakukan oleh tentera Israel sejak 7 Oktober lalu telah mendatangkan kesan termasuk program imunisasi seperti rubella, polio, campak, beguk bagi membendung penularan penyakit kanak-kanak Gaza.

vaksin kanak-kanak gaza

Artikel lain: Kekurangan Air Bersih, Kanak-Kanak Gaza Kini Di Ambang Kematian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian itu berkata bekalan termasuk vaksin untuk polio, campak, rubela dan beguk mencukupi untuk tempoh antara 8 hingga 14 bulan, telah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah dengan Mesir dengan bantuan kemudahan penyimpanan sejuk kerajaan Mesir.

Penghantaran yang memasuki Semenanjung Gaza, termasuk Kementerian Kesihatan Mesir sebelum ini telah meluluskan penggunaan unit-unit penyejuk di negara itu untuk menyimpan vaksin sehingga penghantarannya ke Gaza.

“Proses penghantaran ini dilakukan mengikut standard antarabangsa untuk penyimpanan vaksin di bawah pengawasan UNICEF,” katanya.

vaksin kanak-kanak gaza

Sementara itu, Yasser Bouzia, ketua perhubungan antarabangsa di kementerian kesihatan di Ramallah, berkata dianggarkan kira-kira 60,000 bayi baru lahir di Gaza, yang biasanya akan menerima vaksinasi tetapi sebahagian besarnya telah diputuskan daripada perkhidmatan perubatan.

Jelasnya, pemberian vaksin kanak-kanak menjadi sukar kerana kebanyakan penduduk Gaza telah dihalau dari rumah mereka, dengan ratusan ribu menetap di khemah atau tempat tinggal sementara yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd