Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Usia Belum Cecah 30 Tahun, IU Miliki Kekayaan Lebih RM68 Juta!

Tidak dapat dinafikan, nama IU tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat dunia hiburan Korea Selatan memandangkan popularitinya semakin mencanak.

Malah, IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun merupakan salah seorang artis muda yang terkenal dengan kerja kerasnya sama ada dalam nyanyian, lakonan, duta produk dan juga mencipta lagu.

View this post on Instagram

A post shared by 이지금 IU (@dlwlrma)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maka, tidak hairanlah, meskipun usianya belum lagi mencecah 30 tahun, IU kini dikatakan sudah mempunyai aset hartanah sehingga mencecah puluhan juta Won dan sekaligus dia merupakan wanita K-Pop paling kaya sepanjang tahun 2021.

Menerusi sebuah  program Mnet berjudul TMI News Show pada 31 Ogos lalu, ia telah  berjaya membongkar kekayaan terbaru IU menerusi senarai ’10 Rumah Kedua Selebriti Terbaik”.

Difahamkan,  IU memiliki sebuah studio peribadi bernilai kira-kira 4.6 bilion won (RM15,226,986) di Gwacheon, Gyeonggi-do dan sebuah apartmen di Cheongdam-dong yang kini mempunyai harga jualannya melebihi 13 bilion won (RM43,032,786) tunai; iaitu yang tertinggi di Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih memeranjatkan, IU mempuyai sebuah vila countryside dua tingkat dengan keluasan 560 meter persegi yang terletak di Yangpyeong.

Apabila dikira semula, IU yang memiliki studio peribadi, apartmen, vila dan aset tanah, dia dilaporkan mempunyai hartanah bernilai kira-kira 20.6 bilion won (RM68,185,889) setakat ini.

Sumber: Remaja (Nana)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd