Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bukan Untuk Riak Tapi Amanah! Usahawan Permotoran Bayar Zakat RM4 Juta Demi Tanggungjawab

Usahawan Permotoran Bayar Zakat RM4 Juta

Usahawan permotoran, Adib Affandi Mohamad, berkongsi secara terbuka mengenai jumlah zakat perniagaan yang ditunaikan syarikatnya mencecah RM4 juta.

Beliau sekali gus menegaskan ia bukan bertujuan untuk bermegah, sebaliknya sebagai tanggungjawab dan makluman kepada pelanggan.

Menurut pengasas ESR Motor itu, perkongsian tersebut dibuat bagi memaklumkan kepada orang ramai, khususnya pelanggan, mengenai penyaluran wang hasil sokongan yang diberikan kepada perniagaannya.

“Ia bukan sebab nak bangga tetapi zakat ni tanggungjawab. Bila kita buat tanggungjawab, itu perkara normal. Yang luar biasa tu kalau tak buat,”katanya.

Usahawan Permotoran Bayar Zakat RM4 Juta

Adib berkata, perkongsian mengenai pembayaran zakat sebelum ini memberi kesan positif kepada perniagaannya apabila jumlah zakat yang dibayar meningkat secara ketara dari tahun ke tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada kesan positifnya bila saya kongsi, masa zakat RM200,000 tu, saya buat video dan kesannya daripada RM200,000, lompat naik kepada RM1 juta tahun lepas,” katanya lagi.

Menurut Adib, kesan positif itu terus meningkat pada tahun ini apabila jumlah zakat yang ditunaikan mencecah RM4 juta.

“Bila saya update RM1 juta, kesannya naik jadi RM4 juta.
“Ini bukan sebab saya pandai bisnes, tapi sebab Allah permudahkan bila kita buat tanggungjawab,” ujarnya.

Artikel lain: Wanita Serah Semula Bantuan Zakat, Anak-Anak Dah Bekerja & Mampu Tanggung Keluarga

Dalam masa sama, Adib menegaskan kejayaan sesebuah perniagaan bukanlah hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya didorong oleh sokongan pasukan serta pelanggan setia di belakang tabir.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan menerima pandangan negatif daripada segelintir pihak apabila berkongsi jumlah bayaran zakat tersebut di media sosial.

“Komen negatif saya abaikan sebab tak boleh buat apa. Sebab bukan semua orang suka kita.
“Tapi bila ia adalah membabitkan tanggungjawab sebagai umat Islam kita kena laksanakan,” katanya, sambil memaklumkan pembayaran zakat itu dibuat di Perlis.

Sumber: FB ESR Motor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd