Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Universiti Di Ireland Perkenal Pengajian Ijazah Dalam Bidang Influencer

Sebuah universiti di Ireland dikenali sebagai Southeast Technical University di Carlow telah menawarkan ijazah pertama negara dalam bidang pempengaruh media sosial atau ‘influencer’.

Tawaran pengajian dalam bidang influencer

Memetik laporan dari BBC, Sarjana Muda Sastera dalam Penciptaan Kandungan dan Media Sosial akan diwujudkan di universiti berkenaan dan permohonan dalam bidang  influencer tersebut akan dibuka buat kali pertama pada November nanti.

Difahamkan, kemasukan pertama pelajar dalam bidang berkenaan akan bermula pada September 2024.

bidang influencer

Kredit foto: National Geographic Education

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut  pensyarah media dan komunikasi, Dr Eleanor O’Leary, kursus berkenaan akan mengambil masa selama empat tahun merangkumi kemahiran perniagaan, penyuntingan video dan audio, kajian budaya kritikal dan penulisan kreatif.

Lihat penambahan minat bukan hanya dalam kalangan pelajar

Ujarnya, penambahan minat dalam bidang tersebut bukan hanya dalam kalangan pelajar, bahkan juga majikan.

Jadi, sejak 2019, bidang berkenaan telah meningkat dua kali ganda dari segi nilai dan dianggarkan bernilai 16 bilion pound bersamaan RM91 bilion di seluruh dunia.Ia adalah bidang yang memerlukan kemahiran tertentu.

“Ia menggunakan media sedia ada dan kemahiran perhubungan awam serta pemasaran tetapi ia juga merupakan satu bidang baharu yang perlu diterokai,” katanya.

bidang influencer

Jelas Eleanor O’Leary lagi, kursus tersebut bertujuan untuk mendidik pelajar untuk menarik lebih ramai audien dengan cara kerja yang betul terutamanya dalam bidang perniagaan bagi mendapatkan pulangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BBC

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd