Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Unduk Ngadau Kaamatan Kini Diiktiraf Sebagai Pertandingan Kebangsaan

Pengerusi Majlis Wanita Pertubuhan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Joanna Kitingan memberitahu Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) kini diiktiraf sebagai pertandingan kebangsaan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Joanna yang juga selaku Pengerusi Penganjur UNK Kebangsaan berkata tanggungjawab itu semakin berat bagi juara UNK tahun ini.

Foto: Free Malaysia Today

“UNK adalah pertandingan ratu cantik tertua di negara ini. Ia sudah berusia 64 tahun dan masih relevan hingga ke hari ini.
“Dari permulaan yang sederhana – kampung, daerah dan peringkat negeri, pertandingan ini sekarang diiktiraf di peringkat kebangsaan,” katanya semasa majlis pendaftaran finalis UNK 2024 di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Joanna memberitahu dirinya tidak menolak kemungkinan pertandingan itu akan memasuki peringkat antarabangsa sesuai dengan kedudukan penduduk Kadazandusun yang terdapat hampir di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, selama ini, UNK menjadi platform penting untuk memperkasakan wanita dan generasi muda untuk lebih berpengetahuan tentang warisan budaya mereka.

Dalam pada itu, beliau menggesa setiap finalis UNK untuk mempromosikan budaya mereka dengan bangga termasuk pakaian tradisional dan bahasa ibunda.

“Berbanggalah dengan diri anda sebagai wanita Kadazan Dusun Murut (KDM). UNK melangkaui pertandingan ratu cantik; ia membentuk anda menjadi seorang wanita yang bangga dengan budaya anda.
“Ini bukan tentang nama anda tetapi tentang watak anda, nilai hidup anda. Menghargai diri anda, keluarga anda, komuniti anda dan orang di sekeliling anda adalah penting.
“Kami sentiasa menekankan prinsip ini, bersama-sama dengan menghargai warisan budaya termasuk pakaian tradisional dan bahasa ibunda.” tambahnya lagi.

Foto: New Straits Times

Untuk makluman, pada tahun ini, 51 peserta dari pelbagai daerah dan mukim di Sabah dan cawangan KDCA di Semenanjung Malaysia layak ke peringkat akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemenang UNK peringkat kebangsaan tahun ini akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM100,000 dengan pemenang hadiah pertama akan membawa pulang RM12,000.

Sumber: Free Malaysia Today

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd