Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Umany Desak Mansuh Matrikulasi, STPM Satu-Satunya Piawaian Masuk UA

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) tampil mendesak kerajaan supaya memansuh matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke universiti awam (UA).

Desak mansuh matrikulasi sebab STPM lebih mencabar

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Presiden Umany, Tang Yi Ze menyatakan langkah ini penting kerana silibus STPM jauh lebih mencabar serta diiktiraf di peringkat antarabangsa berbanding matrikulasi.

Desak mansuh matrikulasi, anggap tak adil

Menurut Tang, isu ketidakadilan sistem Unit Pusat Universiti (UPU) semakin ketara selepas menerima aduan pelajar cemerlang dengan PNGK 4.0 dan markah kokurikulum 9.45 hanya ditawarkan pilihan kelapan, manakala tiga pilihan utama langsung tidak dipertimbangkan. Katanya, keadaan ini seolah-olah menunjukkan pelajar STPM dipinggirkan secara sistematik.

“Kami menegaskan bahawa silibus STPM adalah jauh lebih mencabar dan ketat berbanding program matrikulasi, serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Namun, pelajar STPM terpaksa bersaing di platform yang sama dengan sejumlah besar pelajar matrikulasi, sekali gus mewujudkan ketidakadilan struktur,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen aduan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya.

Sebelum ini, kes pelajar cemerlang Edward Wong Yi Xian yang memperoleh CGPA 4.0 tetapi ditolak enam universiti menjadi perhatian ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun layak, beliau hanya ditawarkan laluan masuk terus dengan yuran lebih mahal, yang didakwa Umany sebagai bukti sistem kemasukan tidak adil.

Mansuh Matrikulasi

Artikel lain: UTAR, TAR UMT Sedia Tawar Biasiswa Penuh Kepada Pelajar STPM Cemerlang

Susulan itu, Umany mendesak KPT mendedahkan secara telus mekanisme pemilihan, termasuk jumlah kuota kursus popular mengikut pecahan STPM, matrikulasi, asasi, diploma dan A-Level. Jelas Tang, ketelusan ini penting supaya masyarakat dapat menilai sendiri keadilan sistem sedia ada.

Umany percaya hanya dengan memansuhkan matrikulasi dan menggunakan STPM sebagai piawaian tunggal, barulah kemasukan ke universiti benar-benar berasaskan merit, adil dan telus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Shakira Buang), Instagram umany2u

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd