Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tunjuk Senjata Tajam, Lelaki Bersilat Di Plaza Tol Diburu Polis

Aksi luar biasa seorang lelaki berkain pelikat yang bertindak bersilat sambil tunjuk senjata tajam di Plaza Tol Bukit Tambun arah Selatan kini dalam buruan pihak polis.

Lelaki berkain pelikat tunjuk senjata tajam

Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou menyatakan  pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan video tular insiden yang berlaku sekitar jam 5.15 petang itu.

“Video kejadian yang dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan secara aktif oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan,” katanya.

Tunjuk Senjata Tajam

Tunjuk senjata tajam & bertengkar selepas berlaku perlanggaran

Difahamkan, kejadian berpunca daripada pelanggaran antara dua buah kereta di lorong RFID sebelum berlaku pertengkaran, kerosakan harta benda, dakwaan serangan fizikal serta ugutan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugut jenayah,” jelas beliau lagi.

Artikel lain: Polis Siasat Kes Lelaki Kasari Pekerja Wanita

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sorang bersilat, sorang pasang kuda-kuda

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza bertindak mengeluarkan senjata dan menunjukkan gerakan silat, manakala pemandu Honda yang terlibat turut dilihat membalas dengan tumbukan.

Insiden ini bukan sahaja mengundang kecaman, malah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang tidak menjangka pertikaian di plaza tol boleh bertukar ganas.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd