Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Motosikal Rempuh BMW, Anak Tak Dipakai ‘Helmet’ Tercampak Atas Jalan

Tular satu rakaman papan pemuka (dashboard) di media sosial memaparkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta model BMW berwarna putih hari ini.

Menurut laporan mStar Online, motosikal itu ditunggang seorang lelaki bersama kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sebelum dilihat hilang kawalan sekali gus menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Rakaman tersebut dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Zoul BraveSlick dengan menyatakan kejadian itu berlaku berdekatan Endah Parade di Sri Petaling berdekatan susur ke Bukit Jalil.

“Kejadian depan mata hari ni, Allahuakbar. Sedih dan kesian kat budak tu. “Kepada yang bawa anak naik motor tu, hati-hati la ya,” tulis Zoul.

Menerusi rakaman berdurasi 22 saat itu juga, kanak-kanak tersebut seperti tidak dipakaikan topi keledar selain pemandu kereta BMW dilihat bergegas keluar bagi menyelamatkan si kecil terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat menerusi sekeping gambar dikongsi sendiri oleh Zoul di ruangan komen.

“Alhamdulillah, rider dengan anak selamat. Cuma anak dia ada macam trauma sikit. Rider cedera luka dan mungkin terseliuh dengan effect pada pinggang.
“Saya ada di tempat kejadian, anak dia berdarah dekat mulut. Dahi dan hidung terseret,” kata beberapa individu dipercayai saksi di lokasi kejadian.

Berdasarkan pemerhatian, ramai netizen mempercayai bahawa si bapa mengalami sindrom tertidur tanpa sedar (microsleep) kerana lampu ‘signal’ menunjuk ke arah kiri tetapi motosikalnya membelok ke kanan.

Sumber: mStar Online, Facebook Zoul BraveSlick (DashCam Owners Malaysia)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd