Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Gambar Diserang Strok Haba, Pegawai Bomba Cekal Teruskan Misi Selamatkan Mangsa

“Selepas setengah jam bertugas di lokasi kejadian, saya mula berasa loya, sesak nafas dan seperti mahu pitam tetapi saya terus kuatkan semangat untuk teruskan tugas hingga selesai.” 

Foto: Media Sosial

Itulah detik mencemaskan yang dilalui pegawai bomba Mohamad Hafizth Omar, 32, ketika bertugas memadam kebakaran dan menyelamat mangsa letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Hafizth, yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, sedang menjalani operasi pertamanya di lapangan setelah lapan tahun berkhidmat. Misi kali ini melibatkan letupan saluran paip gas yang mengakibatkan kebakaran besar.

Foto: Bernama

Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi, tugas utamanya adalah mencari dan menyelamat mangsa di kawasan yang terjejas, sebelum beralih kepada kerja-kerja pemadaman api.

“Apabila memakai banyak peralatan perlindungan peribadi (PPE) ini, pergerakan juga menjadi terhad dan lebih mencabar susulan situasi di sana sangat panas serta membahang.
“Mungkin disebabkan keadaan itu, kesihatan saya mula terganggu. Namun saya sempat diberi bantuan pernafasan dan direhatkan selama 20 minit sebelum kembali bertugas.
“Jika diikutkan hati, saya memang sudah kehabisan tenaga tetapi semangat serta kekuatan untuk meneruskan misi menyelamat dan memadam kebakaran ini mendorong saya untuk teruskan tugas,” katanya.

Kisah pengorbanan Mohamad Hafizth menjadi tular di media sosial selepas gambarnya sedang duduk dalam keadaan lemah dengan alat bantuan pernafasan tersebar luas, mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Foto: FMT

Lebih menyentuh hati, beliau berkata isterinya hanya mengetahui keadaan sebenar selepas melihat gambar tersebut di media sosial.

“Selepas dapat tahu, memang dia (isteri) menangis. Risau keadaan saya sebab nak hubungi pun tidak boleh kerana di sana telefon akan cepat panas,” ujarnya.

Walaupun diuji dengan situasi getir, Mohamad Hafizth menganggap pengalaman itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna dalam kerjayanya sebagai anggota bomba.

Sumbr: Sinar Harian (Azleenda Sahaludin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd