Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tujuh Suspek Rompakan Kedai Emas Di Thailand Disyaki Lolos Ke Malaysia

Tujuh daripada 10 individu yang terlibat dalam rompakan kedai emas di Sungai Golok, Thailand, pada 5 Oktober lalu dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia bersama barangan kemas bernilai RM4.6 juta.

Tiga daripada sepuluh suspek rompak telah ditahan

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan Panglima Tentera Wilayah Ke-4 Thailand, Leftenan Jeneral Naratip Phoyanok, yang memaklumkan bahawa pihaknya telah meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia bagi mengesan semua suspek terbabit.

rompak

Foto: Harian Metro

Menurut beliau, operasi besar-besaran telah dijalankan selepas kejadian rompakan bersenjata di pasar raya Big C, Sungai Golok iaitu bandar yang terletak berhampiran sempadan Malaysia.

Artikel lain: Polis Thailand Berjaya Tahan Rakyat Malaysia Rompak Kedai Emas Di Hat Yai

“Setakat ini, tiga daripada 10 suspek berjaya ditahan manakala tujuh lagi dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia,” katanya.

Selain tentera, pihak polis Thailand turut berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan kerjasama dan bantuan menjejak suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami percaya mereka menyeberang ke negara jiran dengan bantuan beberapa individu tertentu,” jelas Naratip sambil menambah bahawa kesemua suspek juga disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian kenderaan,” ujarnya.
rompak

Foto: Berita Harian

Dalam kejadian pada 5 Oktober itu, sekumpulan 10 perompak bersenjata dilaporkan menceroboh pusat beli-belah Big C sebelum melarikan barangan kemas bernilai jutaan ringgit.

Seorang sarjan tentera yang kebetulan berada di lokasi kejadian turut ditembak, manakala dua trak pikap yang dicuri untuk digunakan dalam rompakan itu kemudian ditemui ditinggalkan berhampiran sempadan Malaysia.

Sumber: Harian Metro (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd