Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Puji Pertemuan Dengan CEO Intel Kelahiran Malaysia, Seminggu Selepas Desak Letak Jawatan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Lip-Bu Tan, sebagai sangat menarik walaupun sebelum ini pernah menggesa Tan berundur daripada jawatan tersebut.

Menurut laporan Berita Harian,  hantaran di platform media sosialnya, Truth Social, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick, dan Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent.

Trump memuji perjalanan hidup Tan sebagai kisah yang menakjubkan serta memaklumkan bahawa anggota kabinetnya akan bertemu semula dengan Tan minggu depan untuk membincangkan beberapa cadangan.

trump

Foto: CNN

Dalam kenyataan berasingan, Intel menyatakan Tan telah mengadakan perbincangan secara terbuka dan membina bersama Trump mengenai komitmen syarikat itu untuk mengukuhkan kedudukan teknologi dan pembuatan AS.

Intel juga menyuarakan harapan untuk bekerjasama rapat dengan pentadbiran Trump dalam mengembalikan kegemilangan industri pembuatan Amerika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dakwa Terlalu Rapat Dengan China, Trump Desak CEO Intel Kelahiran Malaysia Letak Jawatan

Hanya seminggu lalu, Trump mendesak Tan meletakkan jawatan selepas seorang senator Republikan membangkitkan kebimbangan keselamatan negara berhubung kaitannya dengan syarikat di China.

“CEO Intel mempunyai konflik kepentingan besar dan mesti meletakkan jawatan segera. Tiada jalan lain,” tulis Trump di Truth Social ketika itu.

Menjawb desakan tersebut, Tan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pentadbiran Trump bagi menjelaskan isu yang dibangkitka, selain memastikan pihak berkuasa mendapat maklumat sebenar.

Beliau turut menegaskan terdapat banyak dakwaan tidak tepat mengenai peranannya di Walden International dan Cadence Design Systems, serta menegaskan bahawa dirinya sentiasa mematuhi piawaian undang- undang dan etika tertinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
trump

Foto: Harian Metro

Tan, seorang veteran industri teknologi kelahiran Malaysia, mengambil alih teraju Intel pada Mac lalu ketika syarikat itu berdepan cabaran besar, termasuk pemberhentian pekerja dan tekanan akibat tarif serta sekatan eksport yang dilaksanakan Rumah Putih.

Kedudukan Intel di pasaran turut terjejas oleh dominasi syarikat Asia seperti TSMC dan Samsung yang menguasai industri pembuatan cip secara kontrak.

Walaupun terkenal dengan kepakaran menghasilkan cip pengkomputeran tradisional, Intel kini berdepan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan gelombang revolusi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mengubah landskap teknologi global.

Sumber: Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd