Presiden Donald Trump pada Ahad didakwa membuat ugutan terhadap pemimpin baharu Venezuela, Delcy Rodríguez susulan bekas presidennya Nicolas Maduro dipenjarakan tentera Amerika Syarikat (AS).
Trump didakwa ugut pemimpin baharu Venezuela?
Menurut laporan The Hill, dalam satu temuramah bersama The Atlantic, Trump berkata, “Jika dia tidak melakukan apa yang betul, dia akan membayar harga yang sangat besar, mungkin lebih besar daripada Maduro.”

Foto: EPA
Difahamkan, Rodríguez, 56, yang dilantik sebagai presiden interim bagi mengambil alih peranan kepimpinan selepas Maduro dipenjarakan menegaskan kesetiaannya terhadap Maduro.
Dalam satu ucapan disiarkan secara langsung pada Sabtu, beliau berkata, “Hanya ada satu presiden di Venezuela dan namanya Nicolás Maduro Moros.”
Artike lain: PM Anwar Gesa Presiden Venezuela & Isteri Dibebaskan! Tindakan AS Cabuli Undang-Undang Antarabangsa
Ucapan itu disampaikan beberapa jam selepas Maduro dan isterinya, Cilia Flores didakwa atas pertuduhan persekutuan berkaitan pengedaran dadah di New York.
Trump sebelum ini memuji Rodríguez sebagai ‘gracious’, kononnya bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menjadikan Venezuela “great again.”

Foto: The New York Times
Namun, beliau menekankan bahawa pemimpin baharu itu tidak mempunyai pilihan dalam perkara tersebut.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pula mengulas tindakan Rodríguez sebagai pemimpin yang ‘tidak sah secara pilihan raya’, sambil menegaskan bahawa kerajaan baharu Venezuela tidak diiktiraf oleh AS.
Komen Trump pada Ahad menandakan perubahan nada berbanding kenyataan beliau pada Sabtu, ketika menyatakan bahawa Rubio telah mengadakan perbualan dengan Rodríguez.

Foto: AFP
Isu ini mengundang ketegangan diplomatik antara Washington dan Caracas serta usaha AS untuk mempengaruhi hala tuju politik di Venezuela selepas Maduro dipenjarakan.
Sumber: The Hill







































