Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Dakwa Pernah ‘Ditawarkan’ Jawatan Pemimpin Tertinggi Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’.

Trump membuat kenyataan itu secara berseloroh ketika berucap dalam satu acara politik, sambil menyindir bahawa tiada sesiapa yang kurang berminat untuk memegang jawatan berkenaan selain dirinya.

“Saya dengar apa yang mereka katakan dengan sangat jelas. Mereka kata, ‘kami mahu jadikan anda pemimpin tertinggi seterusnya.’ Saya jawab, ‘tidak, terima kasih. Saya tidak mahu jawatan itu’,” dakwanya menerusi satu video di saluran YouTube The Economic Times.

Foto: The Economic Times

Menurut Trump, situasi politik di Iran ketika ini begitu mencabar sehingga beliau menyifatkan tiada sesiapa yang benar-benar mahu memegang jawatan tertinggi negara itu.

“Tidak pernah ada ketua negara yang kurang mahu jawatan itu selain menjadi pemimpin Iran. Saya tidak mahu jawatan itu,” ujarnya.

Dalam ucapan sama, Trump turut menyentuh mengenai perkembangan di Asia Barat khususnya hubungan antara AS dan Iran yang dakwanya kini sedang melalui proses rundingan.

Beliau mendakwa Iran sebenarnya mahu mencapai perjanjian dengan Washington, namun tidak berani menyatakannya secara terbuka kerana bimbang berdepan tekanan daripada pihak dalam negara sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka sedang berunding, dan mereka sangat mahu membuat perjanjian, tetapi mereka takut untuk mengatakannya kerana bimbang akan dibunuh oleh rakyat mereka sendiri. Mereka juga takut akan dibunuh oleh kami,” dakwa Trump.

Foto arkib: Reuters

Trump turut mendakwa pentadbirannya sedang mencapai kejayaan besar dalam isu geopolitik di rantau berkenaan.

“Tiada siapa pernah melihat apa yang kami lakukan di Timur Tengah dengan Iran sekarang,” dakwanya lagi.

Dalam ucapan sama, beliau turut menggunakan pentas tersebut untuk mengkritik Parti Demokrat serta menggesa penyokong Parti Republikan memberikan sokongan padu menjelang pilihan raya pertengahan penggal akan datang.

Trump bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti atau penjelasan lanjut berhubung dakwaan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Pemimpin Tertinggi Iran itu.

Sumber: YouTube The Economic Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd