Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Ikan Buntal: Keluarga Bakal Ambil Tindakan Undang2 Terhadap Penjual,Pembekal

Keluarga asangan warga emas yang maut selepas makan ikan bantal goreng berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga dan pembekal ikan beracun tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, anak mangsa yang dikenali sebagai Ng Ai Lee berharap pihak Kementerian Kesihatan cakna dengan isu tersebut bagi mengelakkan kejadian tragis itu berulang lagi.

“Saya berharap, kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap penjual dan pembekal ikan buntalyang tidak terkawal supaya tidak ada mangsa lain yang terkorban.
“Saya berharap tragedi ini, dapat mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memilih makanan terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui.
“Keluarga berharap tindakan mahkamah akan diambil terhadap penjual yang sanggup merisikokan nyawa orang lain demi kepentingan sendiri,” katanya.

Bukan itu sahaja, besar harapannya agar tragedi tersebut mendapat perhatian daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar supaya keluarganya mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Patik dengan rasa rendah diri dan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan bantuan Tunku (Sultan Ibrahim) supaya pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya atas tragedi yang berlaku pada keluarga patik,” ujarnya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki warga emas, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing 84, yang berada dalam keadaan koma selepas makan ikan buntal telah disahkan meninggal dunia, hari ini selepas 15 hari mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohamad Fahd Rahmat)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd