Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TMJ Dimasyhur Pemangku Sultan Johor Mulai Hari Ini

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Pemangku Sultan Johor berkuatkuasa hari ini.

Pelatikan Tunku Ismail itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serena, Johor Bahru.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan pelantikan itu menerusi kenyataan rasmi media hari ini.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk negeri Johor dengan nasihat dan persetaan Jumaah Majlis Diraja dan dengan kuasa dan kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka dan berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor.
“Pelantikan ini hendaklah berterus selama Sultan Ibrahim menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TMJ Pemangku Sultan Johor

TMJ Pemangku Sultan Johor

Dalam pada itu, TMJ turut menerima kurniaan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor atau DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor oleh Sultan Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelaran kehormat ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk persuratan, ucapan dan doa.

TMJ Pemangku Sultan Johor

Tunku Mahkota Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006, sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pada majlis tersebut, berangkat bersama Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Turut berangkat bersama, Tunku Aminah binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli hadir bersama.

TMJ Pemangku Sultan Johor

Untuk info, Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuatkuasa 31 Januari ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas pada 27 Oktober tahun lalu bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.

TMJ Pemangku Sultan Johor

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd