Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tingkatkan Kemahiran Digital Pelajar B40, Program TM Future Skills Diperluas

Program TM Future Skills (TMFS) oleh Yayasan TM (YTM) telah diperluaskan ke tiga sekolah menengah di semenanjung dalam usaha meningkatkan kemahiran digital di kalangan pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.

Program TM Future Skills diperluas

Program TM Future Skills diperluas

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran digital pelajar dengan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam pengalaman pembelajaran mereka.

Menerusi satu kenyataan semalam, TMFS berjaya melancarkan perkhidmatan pertamanya di SMK Gunung Semanggol di Perak pada November tahun lalu.

Selain itu, SMK Dengkil di Selangor dan SMK Tunku Putra di Batu Pahat, Johor juga antara sekolah pertama yang menjadi sebahagian dalam program TMFS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program TM Future Skills diperluas

Pemilihan sekolah-sekolah tersebut berdasarkan peratusan pelajar B40 tertinggi di kawasan tersebut serta minat mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pengarah YTM, Ainol Shaharina Sahar berkata, beliau yakin dalam peranan belia sebagai pendorong kemajuan negara dan masyarakat.

“Sebagai organisasi yang memainkan peranan utama dalam melonjakkan Digital Malaysia, kami berkomitmen untuk membangunkan generasi akan datang sebagai penggerak ekonomi digital dan penerokaan Revolusi Perindstrian 4.0 yang terus berlaku.

“Program TMFS akan membekalkan pelajar dengan kemahiran digital serta menekankan aspek kepimpinan, pemikiran kreatif dan kemahiran kognitif,” kata beliau.

Beliau juga berharap sekolah yang terlibat akan menjadi pusat pendidikan berkualiti yang memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh kepada sekolah dan pelajar setempat.

Pada masa yang sama, mereka akan membawa kemahiran daripada program ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di masa akan datang.

YTM telah menubuhkan Hab Digital TMFS di sekolah yang terpilih untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran secara mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hab tersebut dilengkapi dengan sumber seperti PocketLab, kit robotik, pencetak 3D, TV pintar, komputer dan bahan pembelajaran digital bagi merangsang minat pelajar dalam penerokaan dunia digital.

Program TM Future Skills diperluas

“Dalam usaha kami untuk mengenal pasti lebih banyak sekolah berpotensi di seluruh negara, kami berharap program ini akan menghasilkan lebih ramai pelajar yang berbakat.
“Kami berharap pelajar yang menyertai program ini akan menyumbang kepada pertumbuhan negara serta membawa Malaysia ke hadapan dalam bidang inovasi digital,” ujar Ainol.

Baru-baru ini, YTM bersama rakan strategik Creative Mind telah mengadakan Latihan Guru TM Future Skills kepada 100 guru terpilih.

Guru-guru ini bakal menjadi pengajar utama dalam pembangunan program STEM yang lebih berkualiti terhadap sekolah-sekolah di Pantai Timur dan bakal membantu sebanyak 5000 pelajar dalam kalangan B40 di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd