Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tinggal Setahun Di KLIA, Keluarga Wanita Masih Gagal Dikesan

Ahli keluarga seorang wanita tempatan yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 selama hampir setahun masih belum dapat dikesan.

Wanita tinggal di KLIA kini di Hospital Kajang

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, memaklumkan wanita berkenaan ditahan pada 18 Disember lalu dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

klia

“Setelah keadaannya stabil dan sesuai, wanita berkenaan berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bersesuaian,” katanya.

Punca sebenar wanita itu berada di lapangan terbang untuk tempoh yang lama masih dalam siasatan pihak polis.

Artikel lain: Didakwa Tinggal Di KLIA, Wanita Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular rakaman wanita tersebut dikatakan menetap di terminal bersama barangan peribadi dan bergantung kepada kemudahan awam seperti internet percuma, penyaman udara dan bekalan air.

klia

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

Polis kini menumpukan usaha mengesan ahli keluarga wanita tersebut bagi memastikan beliau menerima penjagaan yang sewajarnya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd