Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tiga Kanak-Kanak Merayu, Cuak Ditahan Polis! Siap Nak Jual Basikal Lajak Di Kedai Besi Buruk

Gara-gara dikatakan bermain basikal lajak di atas jalan raya utama, tiga kanak-kanak lelaki cuak selepas hampir dibawa ke balai polis apabila ditahan oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Menerusi dua video hantaran di akaun TikTok @smorkdorm02, kelihatan salah seorang daripada kanak-kanak itu melutut dan merayu supaya tidak ditahan oleh anggota polis tersebut.

Minta maaf bang, janji tak nak (main lagi basikal lajak), sumpah demi Allah,” kata kanak-kanak berusia 11 tahun itu, sambil menangis teresak-esak.

Malah, video sama memaparkan dua lagi rakannya sudah masuk ke dalam kereta peronda sambil turut menangis mengharapkan belas ihsan agar dilepaskan.

Sementara itu, anggota polis berkenaan sempat memberi amaran kepada ketiga-tiganya agar tidak melakukan sebarang ubah suai basikal yang membahayakan nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku nak ada brek semua, buat elok.. boleh? Kalau tidak, aku bawa pergi balai,” ujarnya tegas sebelum melepaskan dan mengarahkan kanak-kanak terbabit pulang ke rumah masing.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji anggota polis tersebut yang memilih cara pendekatan dengan tegas sekali gus dapat mencegah kejadian tidak diingini pada masa hadapan.

Harap mereka serik

Bahaya naik basikal kat jalan besar

Basikal takde brek

Tidak kurang terdapat juga segelintir netizen menyatakan rasa terhibur terhadap gelagat kanak-kanak berkenaan, namun masih berasa kasihan kerana mereka berdepan detik mencemaskan.

Siap nak jual kat kedai besi buruk

Janji nak tambah brek

Alahai dah besar nanti, jadi orang berguna

Setakat ini, kedua-dua video dimuat naik @smorkdorm02 meraih hampir dua juta tontonan selain ribuan komen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian terbabit.

Sumber: TikTok @smorkdorm02

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd