Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Kali Buat Pengecaman, Bapa Sahkan Jenazah Milik Fakhrul Arif

Bapa kepada mangsa nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Fakhrul Arif, 20, berdepan detik menyayat hati apabila terpaksa menjalani tiga kali proses pengecaman mayat bagi mengesahkan identiti anak lelakinya.

Tiga kali buat pengecaman jenazah Fakhrul Arif

Tiga kali buat pengecaman jenazah Fakhrul Arif

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, Rosdi Yunus, 56, memberitahu proses pengecaman pertama dilakukan melalui gambar pada jam 12 tengah hari semalam namun pengesahan gagal dibuat.

Oleh itu, beliau sekali lagi diarahkan membuat pengecaman mangsa melalui pakaian pada jam 3 petang namun hasil masih sama iaitu gagal mengesahkan jenazah anak keempat daripada lima beradik itu.

“Pengesahan hanya dapat dibuat selepas diminta membuat ujian cap jari.
“Apabila keputusan keluar, memang sah itu anak saya dan saya terima keputusan itu,” kata Rosdi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar, Besut awal pagi tadi.

Tiga kali buat pengecaman jenazah Fakhrul Arif

Dalam pada itu, jenazah Fakhrul Arif selamat dikebumikan jam 4.30 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid Hadhari bersama 12 penuntut yang turut terkorban dalam kemalangan terbabit.

Tiga kali buat pengecaman jenazah Fakhrul Arif

Foto: Utusan Malaysia

Artikel lain: Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Untuk rekod, insiden tersebut melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak merempuh kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) telah meragut sebanyak 15 nyawa pada awal pagi Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd