Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Beranak Termasuk Bayi Setahun Maut, Motosikal Bertembung Kereta

Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 53, Jalan Klang – Banting – Port Dickson, tengah hari semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang terkorban merupakan pasangan suami isteri dan bayi perempuan mereka yang berusia setahun, dan mereka dipercayai menunggang Yamaha 135LC dari arah Banting menghala ke Sepang sebelum kemalangan berlaku.

Foto: FB Mynewshub

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari apabila sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an, datang dari arah Sepang dan dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung secara langsung dengan motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang dan dua pembonceng tercampak dan jatuh ke permukaan jalan raya.
“Penunggang dan pembonceng yang berusia 20-an ialah pasangan suami isteri serta anak mereka yang berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Foto: FB Mynewshub

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Foto: FB Mynewshub

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Taneshwaran Seritharan di talian 012-6708561 atau 03-31872222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd