Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Anggota Polis Ditahan, Dipercayai Terlibat Kes Rompak Rumah Di Semenyih

Polis menahan tiga anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dipercayai terlibat dalam kes rompakan bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih tengah malam Rabu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan polis dari Bahagian  Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan tangkapan ke atas suspek yang terlibat.

Foto: Scoop

“Dua orang suspek lelaki warganegara berumur lingkungan 32 hingga 35 tahun ditahan di Batalion 19 PGA Cheras, pada Rabu, manakala seorang lagi suspek lelaki berumur lingkungan 24 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kira-kira pukul 1 petang pada Khamis.
“Dua orang suspek direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Ogos, manakala seorang lagi suspek akan dibuat permohonan reman pada 2 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga berkata, penahanan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.17 tengah malam Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Google

“Siasatan kes di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti lebih berat) yang memperuntukan hukuman mati,” tambahnya lagi.

Hussein sekali lagi menegaskan tidak akan melindungi mana-mana pegawai mahupun anggota yang terlibat dalam salah laku jenayah dan siasatan akan dilakukan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa sebarang kompromi.

Sumber: Facebook Polis Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd