Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tidak Patuhi Peraturan, Penjual Murtabak ‘Kain Buruk’ Dikompaun KKM

Notis kompaun telah dikeluarkan terhadap sebuah gerai di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur susulan penemuan kain di dalam martabak yang dijual seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), notis dikeluarkan di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid0pruS1HMoSA8iRy6bHmBy2ManGTk58i8dPGWC6BrCUYHmmiBcfhDzbpY8MYPqhypGl

Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 memperuntukkan pengendali makanan memakai baju luar yang bersih, sesuai dan berwarna cerah atau apron berwarna cerah, penutup kepala dan kasut atau apa-apa pakaian yang sesuai pada pendapat pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan telah menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak tersebut.
“Beberapa kesalahan lain yang dikenal pasti telah dilakukan oleh pemilik gerai termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna,” kata kenyataan itu hari ini.

https://www.facebook.com/ohmymedia.cc/posts/pfbid02acwvPHQ8jyKSQ8bvCofWJsfPk8Q5f1wCQUaLJy5dfCFSrvJnbFKLDaPTo4xwR589l

Mengulas lanjut, KKM berkata, sehingga kini, sebanyak 10,570 premis bazar Ramadan di seluruh negara telah diperiksa.

Jelasnya lagi, peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, KKM memberi jaminan tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal melalui pelaksanaan pemantauan serta penguatkuasaan yang berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKM turut mengingatkan semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.

Sumber: Facebook KKM

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd