Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Mahu Berlengah Lagi, Anwar Ibrahim Jamin Selesai Isu MA63 Dengan Cepat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jamin akan selesai segera berkenaan perkara-perkara disepakati antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah, seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Memetik laporan Bernama, beliau tidak lagi mahu menangguhkan perkara tersebut dan telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mempengerusikan Majlis Tindakan MA63.

Anwar Ibrahim jamin selesai isu MA63 dengan cepat

Majlis Tindakan MA63 yang akan menjadi platform menyelesaikan perkara berkenaan akan turut disertai dua menteri yang juga merupakan ahli parlimen (MP) di Sabah.

Menteri tersebut adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, masing-masing merupakan MP Papar dan Penampang di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sedaya upaya (kerajaan Persekutuan dan Sabah) selesaikan soal MA63. Dalam tempoh setahun kerajaan MADANI, kita telah menyelesaikan MA63 jauh lebih baik daripada apa yang dibuat pada 10 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Sabah pada Jumaat.

Menurut Anwar, kerajaan Persekutuan pimpinannya tidak ada masalah sama sekali untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan dalam MA63.

Katanya, tindakan akan diambil sebaik sahaja kerajaan Sabah bersedia dalam semua perkara berkaitan seperti penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pada Januari lalu, kerajaan Persekutuan dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah dan SESB kepada kerajaan Sabah secara berfasa sebagai salah satu usaha memartabatkan MA63.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar berkata, kerajaan Persekutuan juga sentiasa peka dengan keperluan Sabah dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menangani masalah yang dihadapi negeri itu.

Artikel lain: Tidak Adil Orang Malas Lembab Pun Dapat Kenaikan Gaji Automatik – Anwar Ibrahim

Malah, beliau turut memaklumkan peruntukan yang disalurkan kepada Sabah juga jauh lebih tinggi berbanding dengan peruntukan di negeri lain.

Justeru, Anwar meminta semua pihak untuk melihat keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap Sabah, tidak hanya melibatkan usaha merealisasikan tuntutan dalam MA63.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi beliau turut berharap orang ramai melihat juga aspek meningkatkan infrastruktur dan menoktahkan kemiskinan selain menarik kehadiran pelabur.

“Sejak saya menjadi Perdana Menteri, berbanding dengan keadaan sebelumnya, tahun 2022 peruntukan keseluruhan untuk Sabah RM12.9 bilion, tahun 2024 saya tambah jadi RM16 bilion.
“Jadi orang yang menyerang kita harus ingat, betul kita belum putuskan soal 40 peratus (tuntutan hasil dari Sabah) tetapi RM16 bilion ini jauh melebihi angka 40 peratus yang dijanjikan itu.
“Kita harus lihat keseluruhan, boleh buat tuntutan, boleh lihat perjanjian dan beberapa peruntukan yang disepakati. Saya baru jadi Perdana Menteri, kerajaan Perpaduan MADANI baru satu setengah tahun.
“Tetapi dalam tempoh ini, saya meningkatkan peruntukan Sabah, tambah RM4 bilion, tertinggi dalam negara kita,” jelasnya.

Anwar menjelaskan perkara tersebut memandangkan terdapat pihak termasuk MP yang membuat kritikan, seolah-olah kerajaan Persekutuan menafikan hak dan menganaktirikan Sabah.

“Tuntutan dan kritikan boleh dibuat, namun jangan sampai menafikan segala peruntukan atau usaha dilaksanakan kerajaan Persekutuan dalam membantu merancakkan pembangunan negeri,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd