Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tidak Benar, KDN Nafi Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan tegas menafikan dakwaan kebocoran data MyKad sebanyak 17 juta yang tersebar di media sosial.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan mendalam yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Dakwaan itu bermula apabila seorang pengguna laman X yang dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @StealthMole mendakwa sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengguna media sosial itu hanya memaparkan beberapa keping MyKad dan mendakwa ia melibatkan 17 juta rekod.

“Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu,” katanya ketika sidang akhbar di Jitra, pada Rabu.

Foto: X Fusion Intelligence Center @ StealthMole

Beliau mengulas laporan dakwaan data kad pengenalan 17 juta rakyat Malaysia yang didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Kementerian meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita minta rakyat agar berhati-hati apabila menerima maklumat seperti ini.
“Mudah sekali sebar apabila tunjuk beberapa keping MyKad lepas tu kata 17 juta, lebih baik tidak disebarkan berita ini,” ujarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Saifuddin berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi untuk meninjau keadaan mangsa banjir.

Saifuddin menjelaskan, kerajaan memberikan jaminan penuh terhadap integriti data penduduk Malaysia.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd