Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Benar Dakwaan Kompleks PKNS Bakal Dirobohkan, Hanya Naik Taraf Kemudahan

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam yang telah berusia lebih empat dekad itu pada Isnin.

Menurut satu kenyataan rasmi melalui hantaran Facebook, PKNS menyatakan kekesalan terhadap penularan dakwaan di media sosial dan laporan di akhbar yang sama sekali tidak benar.

Foto: Google

“PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks ini,” katanya pada Isnin.

PKNS berkata, Kompleks PKNS Shah Alam merupakan salah satu mercu tanda yang memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PKNS juga menyatakan bahawa kawasan itu hanya akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman yang lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat.

https://www.facebook.com/komplekspknsshahalam/posts/pfbid034nHjpUKazyPXpf7feEy3xJKhGvmE1VJqFq26kyX5JQdmbuQacVAkrX6AcmG83ojRl

“Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, PKNS turut memberitahu berkenaan perancangan projek melibatkan kawasan di pusat bandar Seksyen 14 yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2024 sebagai usaha meremajakan kembali bandar di Shah Alam.

Foto: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion itu akan melibatkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC dimana dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS,” katanya.

Foto: Facebook

Usaha ini bagi memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta meningkatkan taraf sosioekonomi negeri Selangor secara keseluruhan.

“Projek peremajaan ini juga adalah seiring dengan usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon dengan bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem ‘centralised chill water’ selain sistem tenaga hijau,” tambahnya lagi.

PKNS juga menegaskan bahawa pihaknya akan membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita yang tidak benar ini untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd