Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Layanan Berbeza Terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy – Ketua Polis Negara

Tangkapan terhadap Zamri Vinoth dibuat mengikut undang-undang, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail seperti dilaporkan Kosmo! Online.

Mohd. Khalid berkata, beliau menafikan dakwaan peguam Zamri iaitu Muhammad Hariz Md. Yusoff kononnya anak guamnnya mendapat layanan berbeza berbanding seorang lagi individu, Arun Dorasamy ketika didakwa di mahkamah, baru-baru ini.

“Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada boleh jamin, ada tak boleh jamin dan sebagainya.
Jadi dalam peringkat awal masa kita buat tangkapan empat kes saya maklumkan di Putrajaya hari itu, di bawah seksyen 505.
“Tapi ada lagi satu kes lain yang berkaitan dengan Akta Hasutan. Jadi itulah tindakan-tindakan ini berdasarkan undang-undang.
“Mungkin pihak awam melihat ini satu perkara yang berbeza. Tetapi kita melaksanakan undang-undang ini mengikut lunas undang-undang itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mohd. Khalid, beliau menegaskan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang lumrah dan terkandung dalam peruntukan undang-undang negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi kita akan laksanakan pada mengikut keperluan-keperluan undang-undang itu sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Muhammad Hariz memaklumkan bahawa Zamri dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula.

Ia berbeza dengan Arun yang turut didakwa pada hari sama di bawah seksyen yang sama, tetapi hadir ke mahkamah tanpa bergari dan tidak dikawal pihak polis.

Zamri didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, manakala Arun didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Sumber: Kosmo! Online (Siti Aisyah Sukaimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd