Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tiada Bekalan Susu, Nenek Palestin Terpaksa Beri Cucu Baru Lahir Minum Air Kosong

Tular di laman Instagram memaparkan seorang wanita warga emas Palestin tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib cucu lelakinya yang baru lahir beberapa hari kerana terpaksa minum air kosong ekoran ketiadaan bekalan susu.

Menerusi hantaran dikongsikan Middle East Eye, wanita itu berkata, dia terpaksa memberi cucunya minum air susulan situasi konflik yang berlaku di Gaza pada ketika ini.

Dalam pada itu, nenek Palestin itu juga memberitahu, selain susu, dia juga tidak mempunyai lampin pakai buang untuk cucu yang juga anak yatim piatu setelah bapa bayi berkenaan meninggal dunia akibat kekejaman tentera Israel.

“Saya tak ada cucu atau lampin pakai buang. Saya tak ada apa-apa untuk cucu saya. 
“Tiga anak saya terkorban dan saya tiada sesiapa lagi. Mana saya nak cari barang semua?”katanya dalam video tersebut.

palestin cucu susu

Apa yang lebih meruntun jiwa, warga emas berkenaan mendedahkan anak lelakinya masih belum bertemu dengan zuriatnya sendiri kerana telah terkorban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, jasadnya masih belum dijumpai dalam runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan rejim Zionis Israel.

“Ini bayi kepada anak saya, dilahirkan di sekolah ini. Ayahnya (anak wanita tersebut) syahid selepas seminggu. Kami masih tak jumpa jasad ayahnya di bawah runtuhan.
“Dia menanti untuk melihat anaknya, tapi tak pernah jumpa. Anak saya terkorban tanpa bertemu zuriatnya,”luahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ceritanya lagi, sebelum ini dirinya menangis mengenangkan nasib tiga anaknya tanpa kehadiran bapa yang telah meninggal dunia 40 tahun lalu.

Jelasnya, dia terpaksa membesarkan ketiga-tiga anak tanpa kasih sayang seorang bapa seorang diri sehinggalah mereka semua ‘pergi’ ke negeri abadi.

Dan kini, cucunya pula terpaksa berdepan nasib yang sama iaitu menjadi yatim disebabkan bapanya telah syahid.

“Saya menangis untuk anak saya setiap hari, saya tak ada sesiapa hanya ada cucu. Anak-anak saya sebelum ini yatim dan saya besarkan mereka seorang diri.
Sekarang cucu saya pula menjadi yatim sebab ayahnya syahid,” katanya lagi.

Artikel lain: Pernah Ambil 580 Suntikan Heparin, Ibu Palestin Meraung Anak Meninggal Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Middle East Eye

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd