Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

The Body Shop Fail Bankrap, Tutup Semua Operasi Di Amerika Syarikat

Syarikat kosmetik terkenal dunia, The Body Shop telah fail bankrap dan menutup semua operasinya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan CNN, The Body Shop mengumumkan bahawa anak syarikatnya di AS akan berhenti beroperasi bermula pada 1 Mac disamping akan menutup berpuluh-puluh kedainya di Kanada

Foto: Free Malaysia Today

Selain itu, syarikat ini juga mengumumkan 33 daripada 105 kedainya di Kanada akan memulakan jualan penghabisan stok serta-merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jualan atas talian melalui e-dagang Kanada juga akan dihentikan namun semua kedai di Kanada akan kekal dibuka buat masa sekarang.

Menurut wakil The Body Shop, inflasi yang tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah merugikan kedai-kedai syarikat kosmetik ini yang kebanyakannya beroperasi di luar pusat membeli belah.

The Body Shop memasarkan produknya sebagai produk semulajadi, mampan, beretika dan bebas kekejaman dan diasaskan oleh aktivis alam sekitar UK iaitu Anita Roddick.

The Body Shop fail bankrap

Syarikat kosmetik ini merupakan antara syarikat pertama yang melarang ujian ke atas haiwan untuk kebanyakan produknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 2023, The Body Shop telah berkembang ke lebih 2,5000 lokasi di 80 buah negara disamping memasarkannya di atas talian.

Sejak penubuhannya, The Body Shop telah bertukar pemilik beberapa kali yang mana pada tahun 2006 L’oreal telah membelinya dengan harga lebih daripada satu AS$1 bilion dan dibeli oleh syarikat Brazil Natura & Co pada tahun 2017 dengan harga AS$ 1 bilion.

Bagaimanapun, pada penghujung tahun lalu, The Body Shop dijual kepada syarikat pengurusan aset Aurelius dengan harga AS$ 266 juta selepas laporan kewangannya mencatat penurunan perniagaan tahunan sebanyak 13.5% pada 2022.

Sumber: CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Insiden melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas mungkin disebabkan pelanggaran titik kritikal pada struktur pesawat berkenaan. Memetik laporan Bernama, perkara itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd