Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Thariq Halilintar Pernah Pergi Haji Ketika Usia Dua Bulan? Ibu Tampil Beri Penjelasan

Ibu YouTuber, Muhammad Thariq Halilintar iaitu Lenggogeni Faruk (Geni Faruk) berkongsi alasan membawa anak lelakinya itu menunaikan ibadah haji yang ketika itu baru berusia dua bulan.

Menerusi satu laporan Tribun News, Geni berkata, tindakan membawa Thariq menunaikan haji saat masih bayi bukan perkara mudah namun dia dan suaminya, Halilintar Anofial Asmid tetap berkeras untuk membuat demikian kerana masih dalam tempoh menyusu.

Foto: Instagram Lenggogeni Faruk Halilintar

“Ketika itu, saya sebenarnya cuma mahu bawa diri sahaja kerana berat juga baru selesai melahirkan. Apalagi perlu bawa Thariq yang baru usia dua bulan, itu bukan perkara mudah sebenarnya.
“Tapi saya dan suami tetap mahu bawa dia (Thariq), kerana pertama kami memang sentiasa membawa anak selagi masih menyusu,” katanya.

Dia yang juga seorang penulis itu menambah bahawa tujuannya juga adalah berharap supaya anaknya yang kini berusia 25 tahun tersebut selalu dekat dengan Allah SWT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: herstory.co.id

“Kedua, yang paling penting kerana (ibadah) haji itu kan menuju Allah, jadi supaya anak ini dari kecilnya lagi sudah benar-benar menuju Allah.
“Jadi kami bawa ke Raudhah, tempat Rasulullah, ke depan Kaabah semua agar dia sepanjang hidupnya benar-benar menuju Tuhan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Geni juga menegaskan bahawa Thariq masih belum menyempurnakan sepenuhnya rukun ibadah haji walaupun pernah dibawa ke sana kerana tidak sempurna syarat, iaitu belum baligh atau mencapai usia dewasa.

Foto: Instagram Lenggogeni Faruk Halilintar

“Yang saya maksudkan, dia itu sudah haji ketika masih usia dua bulan. Jadi itu jatuhnya haji sunah, jadi ketika dia baligh nanti, dia mesti haji semula mengikut yang rukun haji,” jelasnya.

Untuk makluman, perkara Thariq Halilintar sudah menjadi haji ketika masih dua bulan itu hangat diperkatakan, malah sering diparodikan oleh rakan-rakan artis dan juga warga Indonesia di media sosial yang mengundang kepada kecaman kepada keluarga Gen Halilintar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun News (Nurkhasanah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd