Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tesla Rancang Keluarkan Kereta Elektronik Mampu Milik Bernilai RM124,229

Syarikat automatif, Tesla rancang keluarkan kereta elektronik (EV) mampu milik berharga €25,000 (RM124,229) di kilang pengeluarannya di Berlin.

Tesla Rancang Keluarkan Kereta Elektronik Mampu Milik

Menurut laporan New York Post, kenyataan tersebut didedahkan oleh sumber dalaman, namun tidak menyatakan tarikh pengeluaran tersebut akan bermula.

Menurut tinjauan pengguna, harga kereta elektrik yang tinggi dan ditambah pula dengan lonjakan kadar faedah menjadi salah satu punca kepada kurangnya penggunaan kereta elektronik di Eropah dan Amerika Syarikat.

Artikel lain: Lawatan Ke Angkasa Lepas T.O.P Ditangguh, Roket Elon Musk Belum Siap

Advertisement. Scroll to continue reading.

JATO mendapati, harga runcit purata sebuah kereta EV di Eropah pada separuh pertama 2023 ialah lebih dari €65,000 euro (RM324,505) berbanding hanya €31,000 (RM154,764) euro di China.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk berkata, pihaknya sudah lama merancang untuk mengeluarkan EV mampu milik.

Namun, pada tahun 2022 Elon menyatakan pihaknya masih belum menguasai teknologi tersebut dan menangguhkan rancangan itu.

Bagaimanapun, Reuters melaporkan pada September lepas bahawa pembuat kereta itu sedang menerokai inovasi yang membolehkan semua bahagian EV menjadi satu komponen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika inovasi ini berjaya, maka ianya akan mempercepatkan pengeluaran kereta tersebut disamping dapat mengurangkan kos.

Perluasan jualan kepada pasaran mampu milik merupakan langkah yang penting untuk memenuhi matlamat Tesla yang mana ia mahu meningkatkan penghantaraan kereta itu kepada 20 juta menjelang 2030.

Sumber: New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd