Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pesakit Maut, Pakar Bedah Digantung Tugas Selepas Tersilap Buang Organ

Seorang doktor pakar bedah digantung tugas selepas didakwa cuba menutup kematian seorang pesakit akibat kesilapannya membuang organ yang salah.

Cubaan doktor menutup kesilapan tersalah buang organ

buang organ

Foto: Metro UK

Menurut laporan Metro UK, Dr Thomas Shaknovsky dilaporkan membuang hati William Bryan, 70, dan bukannya limpa semasa pembedahan di Hospital Ascension Sacret Heart Emerald Coast di Florida.

Keluarga William mendakwa jururawat cuba menutup kesilapan doktor tersebut dengan menulis maklumat palsu pada sijil kematian dan dokumen-dokumen lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka memfailkan saman minggu lepas dengan menyatakan bahawa empat orang jururawat telah memutarbelitkan punca kematian pada Ogos lalu.

Artikel lain: Kecuaian Pengurusan? Bapa Dakwa Bayi Terjatuh Katil Hospital, Kerap Alami Sawan Selepas Kejadian

Mengikut laporan, William yang berasal dari Alabama dan tinggal di rumah sewanya bersama isterinya Beverley itu mengalami kesakitan di bahagian kiri badan.

Pada mulanya dia menolak nasihat untuk menjalani pembedahan kerana ingin berjumpa doktornya di kampung, tetapi akhirnya bersetuju melakukan demikian apabila keadaan menjadi semakin teruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beverley berkata suaminya adalah mangsa pembunuhan di dalam bilik pembedahan.

“Kehilangan yang menyedihkan ini telah memusnahkan keluarga William Bryan, dan kami sedang mencari keadilan untuk tragedi yang tidak masuk akal ini,” kata peguamnya, Joe Zarzaur.

Difahamkan, lesen Shaknovsky telah digantung pada November oleh Pakar Bedah Negeri Joseph Ladapo atas kesilapan pembedahan yang berulang dan keterlaluan sehingga mengakibatkan kemudaratan  kepada William dan pesakit-pesakit lain.

Sumber: Metro UK

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd