Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tersekat Hampir 2 Jam Dalam Lif, Pempengaruh Kesal Dakwa ‘Guard’ Tak Ambil Kisah

Pempengaruh TikTok, Yusrafiq menceritakan pengalamannya yang tersekat di sebuah lif kondominium mewah di Cyberjaya selama hampir dua jam kerana kecuaian pengawal keselamatan.

Menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok, Yusrafiq berkata, situasi bermula apabila dirinya tersekat di lif aras lima dari aras tujuh selepas mengambil telefon pintar ibunya untuk dibaiki.

“Setelah tersekat, saya terus menekan butang kecemasan di dalam lif untuk memberitahu kepada pengawal keselamatan yang saya masih berada di dalam.
“Pada ketika itu, pihak pengawal keselamatan memberitahu saya bahawa mereka akan menghubungi pihak penyelenggara dengan secepat mungkin,” ujarnya menerusi video tersebut pada Isnin.

Setelah beberapa minit, Yusrafiq menekan semula butang kecemasan untuk mengetahui status terkini mengenai keberadaan pihak penyelenggara.

Sehinggalah setelah beberapa kali dia berbuat demikian, butang kecemasan tersebut sudah tidak dijawab kembali oleh pihak pengawal keselamatan dan dirinya sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia terperangkap di dalam lif, memandangkan telefon pintar dan jam tangan tidak dibawa bersamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@yusfariq

NOT LAKEFRONT RESIDENCE ! Tolong lah mana2 Security Company or Management please train your security benda emergency macam ni, kalau jadi dekat budak or orang tua? Stuck in Lift’s condo in Cyberjaya area for almost 2 hours was a crazy experience..

♬ original sound – Yusfariq | The.Jasmine – Yusfariq | The.Jasmine

“Saya jadi panik dan mula sesak nafas, jadi saya mula berbaring di dalam lif untuk menangkan diri sehingga yang tidak pasti sudah berapa lama saya berada di dalam menunggu pihak pengawal keselamatan mendapatkan pihak penyelenggara,” jelasnya lagi.

Pengasas jenama tudung The Jasmine itu turut memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengawal keselamatan untuk memberitahu kepada pihak keluarganya yang berada di lobi mengenai apa yang terjadi namun tiada sebarang jawapan diterima ketika itu.

“Setelah lama berada di dalam lif, akhirnya pihak penyelenggara datang dan langsung menanyakan keadaan saya,”
“Namun, saya dapati tiada seorang pun pengawal keselamatan yang ada di situ sewaktu saya dikeluarkan dari lif,” tambahnya lagi.

Yusrafiq hampa setelah mendapat tahu daripada pihak keluarganya bahawa tiada seorang pun pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada mereka mengenai situasi menimpa dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengawal keselamatan ini seolah-olah hanya mengharapkan pihak penyelenggara tanpa melakukan apa-apa inisiatif untuk membantu saya sepanjang saya tersekat di dalam lif,” kesalnya.

Foto: IG @yusrafiq

Walau bagaimanapun, Yusrafiq bersyukur kerana kesihatannya masih dalam keadaan yang baik dan sejujurnya pengalaman tersebut banyak mengajar dirinya.

Dia turut berpesan kepada sesiapa yang mengalami situasi yang sama untuk kekal tenang dan jangan terlalu berfikir, kerana itu akan menyebabkan kebimbangan memandangkan udara di dalam lif adalah terbatas.

Sumber: TikTok Yusrafiq

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman luar biasa yang mengubah rutin hariannya selepas satu video dimuat naik di TikTok mencetuskan perhatian ramai pengguna media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd